11 March 2013

Terapi Ku

BISMILLAH...


Semua orang ada masalah. Binatang pun ada masalah bak kata Sharifah Zohra. Bergantung bagaimana cara
kita untuk settle down the problems. Cara kita berbeza-beza mengikut nafsu dan akal fikiran masing-masing.
Jika baik, maka baiklah dan segalanya selesai dengan cara yang senang. Tidak timbul masalah lain selepas itu (masalah berangkai). Tetapi jika tidak kena cara, maka masalah lain pula yang akan timbul. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Sebagai manusia yg punya agama dan jati diri, kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi segala masalah yg datang. Yakinlah semua masalah yang datang ada hikmah disebaliknya dan adalah ujian daripada Allah untuk hamba-Nya.

Tips mengahadapi TEKANAN dek kerana masalah:-
(pesanan untuk diriku jua :)


  • Sentiasa positifkan minda
  • Bertemu dan meluahkan pada seseorang dipercayai
  • Kembali kepada Allah
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat
  • Perbanyakkan santapan Rohani (baca Quran, solat sunat & zikir)
  • Beriadah ditempat-tempat yang tenang (Sungai, pantai, sawah, gunung, bukit, laut, taman & ln2)
  • Berdamping dengan orang yang baik-baik yang memberi kebaikan dan selalu memberi nasihat dan mengingatkan kita kepada Allah. 
  • Menjauhi tempat-tempat maksiat
  • Menjauhi orang yang membawa kepada maksiat
  • Menjauhi dosa dan maksiat
  • Sentiasa mendengar kepada kebaikan (Ayat suci dan zikir)
  • Menghadiri majlis ilmu
Dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang InsyaAllah.
Kadang-kadang kita memerlukan tools untuk menghadapi tekanan. Tools saya yang perlu ada dirumah:-

Zikir terapi diri
 Zikir terapi dari Hafiz Hamidun. Berbaloi-baloi untuk dimiliki. Peneman hari-hariku dan tidurku. Jiwa tenang hati tak serabut. Sangat best alunan zikir yang digabungkan dengan muzik yang simple ,damai dan menenangkan. Rasa macam berada ditaman bunga.hehe

Koleksi buku yang ada dirumah sewa sekarang. Bakal bertambah.

Koleksi buku-buku. Belum termasuk yg ada dikampung. My hoby salah satu adalah membaca. Membaca dapat merangsang neuron-neuron otak. Cewah ayat sains u.hehe. Dan dapat memberi ketenangan. Majalah hiburan is not including ok. Kalau perasan ada terselit komic. Komic also is my favorite. Buku motivasi amat digalakkan untuk mengurangkan tekanan. Bahan bacaan yang wajib ada ialah al-Quran dan Indahnya Hidup Bersyariat. Sangat bermanfaat.  
Pokok ku yang hijau

Hijau menenangkan
Pokok juga salah satu dari terapi minda. Melihat dia membesar dan menghijau dan becakap dengannya juga merupakan sesuatu yg menenangkan. Tanamlah pokok dirumah anda. Pokok yang senang dijaga macam pokok saya tu :)


 

2 comments:

  1. Setuju....dgn membaca Al-Quran dan buku2 ilmiah membuatkan hati kita tenang dan sabar...Nanti kita sharing2 buku yang pernah kita baca ek...yang dirasakan patut menjadi koleksi bacaan..boleh ina tmbh jugak koleksi ina kt rumah...:)

    ReplyDelete
  2. ok bole jerr..td nmpak iklan popular ade wat diskaun 90%..tunggu dapat gaji nak p borong buku banyak.hehe

    ReplyDelete