27 March 2013

Harapanku...

BISMILLAH


Harapanku
Menjadi insan bertakwa
Bahagia dunia akhirat

Harapanku
Dunia ini aman damai
Tiada peperangan 
Tiada seksaan
Tiada air mata

Harapanku
Pemimpin yang adil
Tiada rasuah
Tiada fitnah
Yang ada hanya Rahmat Allah

Harapanku
Hanya disandarkan pada Allah
Kerana Allah Maha Mendengar
Allah pengabul segala harapan
Jiwa dan hati kepunyaan Allah

Harapanku
Tak perlu mengharap pada yang tak pasti
Tak perlu mengharap pada yang hanya pandai menabur janji
Tak perlu mengharap pada manisnya bicara
Tak perlu mengharap pada indahnya kata-kata
Apatah lagi berharap pada banyaknya harta

Sandarkan segala harapan pada Allah
Allah tempat selayaknya segala harapan
Janji Allah itu pasti 
Tiada dimungkiri
Harapanku.....


11 March 2013

Terapi Ku

BISMILLAH...


Semua orang ada masalah. Binatang pun ada masalah bak kata Sharifah Zohra. Bergantung bagaimana cara
kita untuk settle down the problems. Cara kita berbeza-beza mengikut nafsu dan akal fikiran masing-masing.
Jika baik, maka baiklah dan segalanya selesai dengan cara yang senang. Tidak timbul masalah lain selepas itu (masalah berangkai). Tetapi jika tidak kena cara, maka masalah lain pula yang akan timbul. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Sebagai manusia yg punya agama dan jati diri, kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi segala masalah yg datang. Yakinlah semua masalah yang datang ada hikmah disebaliknya dan adalah ujian daripada Allah untuk hamba-Nya.

Tips mengahadapi TEKANAN dek kerana masalah:-
(pesanan untuk diriku jua :)


  • Sentiasa positifkan minda
  • Bertemu dan meluahkan pada seseorang dipercayai
  • Kembali kepada Allah
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat
  • Perbanyakkan santapan Rohani (baca Quran, solat sunat & zikir)
  • Beriadah ditempat-tempat yang tenang (Sungai, pantai, sawah, gunung, bukit, laut, taman & ln2)
  • Berdamping dengan orang yang baik-baik yang memberi kebaikan dan selalu memberi nasihat dan mengingatkan kita kepada Allah. 
  • Menjauhi tempat-tempat maksiat
  • Menjauhi orang yang membawa kepada maksiat
  • Menjauhi dosa dan maksiat
  • Sentiasa mendengar kepada kebaikan (Ayat suci dan zikir)
  • Menghadiri majlis ilmu
Dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang InsyaAllah.
Kadang-kadang kita memerlukan tools untuk menghadapi tekanan. Tools saya yang perlu ada dirumah:-

Zikir terapi diri
 Zikir terapi dari Hafiz Hamidun. Berbaloi-baloi untuk dimiliki. Peneman hari-hariku dan tidurku. Jiwa tenang hati tak serabut. Sangat best alunan zikir yang digabungkan dengan muzik yang simple ,damai dan menenangkan. Rasa macam berada ditaman bunga.hehe

Koleksi buku yang ada dirumah sewa sekarang. Bakal bertambah.

Koleksi buku-buku. Belum termasuk yg ada dikampung. My hoby salah satu adalah membaca. Membaca dapat merangsang neuron-neuron otak. Cewah ayat sains u.hehe. Dan dapat memberi ketenangan. Majalah hiburan is not including ok. Kalau perasan ada terselit komic. Komic also is my favorite. Buku motivasi amat digalakkan untuk mengurangkan tekanan. Bahan bacaan yang wajib ada ialah al-Quran dan Indahnya Hidup Bersyariat. Sangat bermanfaat.  
Pokok ku yang hijau

Hijau menenangkan
Pokok juga salah satu dari terapi minda. Melihat dia membesar dan menghijau dan becakap dengannya juga merupakan sesuatu yg menenangkan. Tanamlah pokok dirumah anda. Pokok yang senang dijaga macam pokok saya tu :)


 

4 March 2013

Birthday gift-Snow Walk

Snow Walk I-City Shah Alam




This is my birthday present dari sahabat baik Puan Siti Yasmeen. Dulu masa tu Pangkat Cik lagi.hehe. Walaupun celebrate lewat satu minggu its ok :) Dia belanja saya masuk Snow walk I-City Shah Alam. Sekali siap dengan gambar kenangan dengan key chain yang cute sebab dekat key chain tu ada foto kitorang.hehe.

Rate masuk agak mahal. Masa tu baru je bukak Snow Walk. Dewasa RM25. Kanak-kanak RM20. Baju sejuk disediakan bersama dengan kasut. Stokin kene beli or bawak sendiri. Pada pendapat saya I-City just ok la. Tak la excited sangat. Just sejuk je yang lain-lain tu ok la. Kelemahan yang saya nampak dalaman dia tak seindah kabar. Indah kabar dari rupa. Nampak beam, ada jugak yg terkeluar reinforcement. Maybe sebab tak siap sepenuhnya lagi kot time tu. Then terlalu licin. Bukan ais yang macam salji tu tapi macam ais yang dicincang-cincang. Banyak kali jugak la terjatuh. Memang kena hati-hati tahap maksimum. Tak boleh pun nak baling-baling ais macam dalam cerita Korea tu.hehe. Sejuknya memang sejuk sangat. Nasib baik boleh keluar masuk banyak kali. Kami memang banyak kali keluar masuk sebab tak tahan sejuk. Sejuk sampai ke tulang hitam rasa menyucuk-nyucuk kulit. Kalau nak bergambar kena makesure camera yang canggeh la. Kalau camera biasa gambar tak cantik. Nampak gelap je. Maybe this is my first and last masuk sini.Cukupla sekali. Tak terasa nak masuk for second time... 



Gambar ni cameraman yg kat dalam tu yang amek. Tu yang cantik. Then sy terpaksa pakai kasut kanak-kanak sebab kaki sy tak de saiz kasut org dewasa.huhu

Entrance macam gempaq.hehe

Kasut getah yang disediakan. Macam kurang sesuai.

Patrick and spongebob kat luar sebelum masuk tempat ais.

My friend at entrance

Saya dengan Patrick dan Spongebob yang lagi gemok dari sy

Dekat ketol-ketol ais. Better bawak glove la.

Siap ada pakcik santa dengan rusa


Me and Penguin family

Main ngintai-ngintai

Langsung tak nampak. Ada lembaga je.hehe

Rumah ais.


1 March 2013

Dear ALLAH....

Allah memberiku peluang
Sekali lagi untuk aku menjadi
Insan yang bersyukur dengan nikmat
Setelah berkali-kali aku kufur nikmat-Nya
Namun Allah masih cuba mendekatiku
Mujur lubuk hatiku masih dapat 
Melihat akan peluang dan kesempatan ini
Aku ingat pada Nya kala aku susah
Kala aku resah dan sepi
Kemudian Dia kasihani aku
Dia berikan kemahuanku
Dia berikan aku kebahagiaan, kegembiraan dan nikmat
Di kala itu aku hanyut
Aku lupa aku alpa
Aku lalai dengan dunia ciptaanku
Aku meninggalkan -Nya,
Semakin hari semakin jauh
Tapi syukur,
Dia masih sayangkan aku
Berkali-kali dia memperingati aku
Supaya aku kembali ke pangkal jalan
Dia memanggilku dengan penuh kelembutan 
Dan kasih sayang
Supaya aku menjadi insan yang bersyukur
Tuhan ampuni Aku
Dosaku menggunung, melaut
Pimpinlah aku menuju redha-Mu
Terima kasih Allah kerana masih menyayangi ku
Jadikanlah aku insan yg istiqamah
Dengan kebaikan dan kebajikan
Dan sentiasa mensyukuri nikmat Mu

Peganglah hatiku
Supaya hatiku hanya ada Engkau Ya Allah
Supaya hatiku teguh Ya Rabbi
Aku lemah 
Kuatkanlah hatiku dengan kasih Mu YA ILLAHI...