8 February 2013

Mahsuri Tomb


BISMILLAH...

Ini cerita lagenda,
Lagenda zaman dahulu kala,
Lagenda Mahsuri di pulau lagenda,
Eh banyak pulak pekataan Lagenda.. hiihiihi ni la bila Qs berpantun.

Tidak banyak cerita tentang rakyat ditulis apatah lagi tentang sejarah seorang wanita. Oleh itu jika muncul seorang tokoh daripada golongan rakyat, maka ceritanya hanya diturunkan melalui tradisi lisan. Ini menjadikan banyak versi dan ada tokok tambah. Demikian juga halnya dengan cerita Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi. Bagaimanapun asas cerita, tema dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeza.

Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian. Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah.
Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu.

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang. Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.

Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak.


Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.

Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.

Masing-masing nak basuh muka dengan air telaga Mahsuri. Nak cantik kononnya.hehe
Teratak Mahsuri. Kesenian rumah Melayu Tradisional. 
Potret Mahsuri dan Suri Mahsuri.hehe

Makam Mahsuri


Anak dara pingitan .




Semasa lawatan dr FSPU Uitm Shah Alam



Dapur teratak Mahsuri


Alat zaman dulu-dulu untuk pecahkan padi jadi beras. 



Jangan terjun pulak dalam telaga tu.hehe







Sejarah Langkawi

BISMILLAH...


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul AmanMalaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di MalaysiaLangkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.




LANGKAWI dalam lagenda dikatakan tempat tinggal seekor burung garuda yang membinasakan angkatan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan.


Sementara Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya ke Melaka (1405) mencatatkan kepulauan Langkawi sebagai "Lang-ya-kiao-yi". Dalam buku Sejarah Melayu, Langkawi dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan Tun Jana Khatib dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja iaitu Sultan Singapura difitnahkan menggoda permaisuri baginda. Setelah dibunuh, badannya ghaib dan kononnya timbul di Langkawi, lalu dikarang orang sebuah pantun:-

Telor itik dari Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Tahun 1621 seorang Jeneral Perancis yang berkhidmat di bawah Raja Lois XIV bernama Augustin De Beaulieu mendarat di Langkawi. Dalam catatannya: "Pada 17 August 1621 saya sampai di Pulau Lanchui, penduduk pulau menyebut nama pulau itu "Pulo Lancachuy" dan orang Aceh pula memberi nama "Pulo Lada". Luasnya lebih kurang 12 hingga 15 league (72-96 kilometer). Setengah bahagian penuh dengan gunung-ganang. Penduduk ketika itu kira-kira 100 orang. Tanah subur untuk buah-buahan, padi dan ternakan. Lada banyak ditanam di tanah pamah. Catatan Beaulieu dianggap lengkap.

Pada abad ke-16 dan 17 Masihi pelabuhan Ulu Melaka agak sibuk dengan urusan dagang. Peristiwa serangan Aceh (1619), Langkawi dijadikan pengkalan tentera laut Kedah. Penghulu yang memerintah Langkawi ketika itu dilantik oleh Sultan ialah Dato’ Pekerma Jaya.

Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light (1786), pelabuhan Ulu Melaka merosot, kerana ramai pedagang memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Pulau Pinang. Keadaan ekonomi Langkawi bertambah buruk apabila dilanda kemarau panjang pada awal 1810. Tanaman padi dan lada tidak menjadi, binatang ternakan banyak yang mati.

Sebagai pengkalan angkatan tentera laut Kedah, Langkawi menjadi sasaran hebat angkatan tentera laut Siam di bawah pimpinan Phya Bari Saknutorn hingga ke Kuala Kedah pada 12 November 1821. British melalui East India Company membantu Siam memerangi angkatan tentera Kedah kerana kepentingan ekonomi. Akhirnya pada tahun 1841 Kedah terpaksa tunduk kepada kerajaan Siam dan bersetuju membayar ufti bunga emas.

Akibat serangan Siam dan Inggeris ke atas Langkawi, ramai penduduk Langkawi melarikan diri jauh ke kawasan pendalaman dan ramai menetap di kawasan bukit termasuk berpindah ke Sumatera, Perlis dan Selatan Siam.

Sejarah Mahsuri berlaku sekitar tahun 1817 hingga 1821. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan. Negeri Kedah ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, dan penghulu Langkawi ialah Dato’ Pekerma Jaya. Kisah Mahsuri adalah sejarah bukan legenda, ini diperakui ramai tokoh sejarah Kedah, bagaimanapun peristiwa itu merupakan cerita lisan rakyat, hakikat terdedah kepada unsur tokok tambah, maka kemasukan unsure mitos dan lagenda tidak dapat dielakkan.

Setelah pulau ini musnah oleh serangan Siam dan Inggeris, penduduk Langkawi sentiasa hidup dalam ketakutan dan Langkawi tinggal dalam keadaan mundur. Peristiwa pembunuhan Mahsuri dengan sumpah padang jarak selama tujuh keturunan dalam konteks sejarah sumpahan itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kemunduran Langkawi. Bukan sahaja mitos atau lagenda itu bercanggahan dengan akidah, malah ada faktor lain yang lojik boleh dikaitkan dengan kemunduran itu.

Di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1854-1879) dan zaman awal Sultan Abdul Halim Syah (1882-1943), Dato’ Wan Mat Saman bin Wan Ismail dilantik menjadi Perdana Menteri di samping diberi kuasa mentadbir Pulau Langkawi.

Pada 1 Syaaban 1317 bersamaan 6 Disember 1899, Langkawi menjadi salah sebuah daerah terawal di samping Changloon, Kulim, Kuala Muda dan Kerian. Pegawai Daerah pertama ialah Wan Ismail. Dalam tahun 1911 Pegawai Daerah ialah Wan Muhammad Said. Sementara Tunku Abdul Rahman Putera (Almarhum), bertukar dari Daerah Padang Terap menjadi Pegawai Daerah Langkawi (1934-1935). Beliau berusaha memperbaiki jalan-jalan raya dan yang paling penting membina jeti baru Kuah. Tuanku juga mengambil daya usaha memuliharakan Pusara Mahsuri serta memperkenalkan sejarah Mahsuri melalui pementasan bangsawan (1934) di Kuah dan seterusnya difilemkan.

Bagaimanapun pengisytiharan Langkawi sebagai Pelabuhan Bebas Cukai pada Januari, 1987 merupakan petanda Langkawi terus hidup. Hari ini dengan warganya kira-kira 65,000 orang Pulau Seri Negeri ini diangkat statusnya sebagai Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. "Bukan Kepalang Memilih Namamu Langkawi".  

Sumber (http://www.ibrahim2u.com)
Bibliografi:

` Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (DBP)
` Hikayat Merong Mahawangsa (DBP)
` Dewan masyarakat Mei, 1990
Sumber: http://www.kedah.gov.my/warta/Bil42001/Langkawi.html


7 February 2013

oh no! follower disappear!!

BISMILLAH..

Lepas edit-edit tajuk blog sume tengok-tengok sume follower hilang..waaa cam ne ni. Tak best la cam ni.
huhu.Sape2 kawan saya please tulunggg..cam ne nak mengembalikan follower-follower ku ini. Walaupun follower tak ramai pun.hehe..

Ni lah yg jd. Ape maksud dia tu? huhu

Ni gambar besar kit. Tak pandai sangat berblog tp nak berblog jgk ni lah jadinya.hihii

4 February 2013

Officemate

BISMILLAH

Harini dekat office macam tak de keje plak nak buat. Bulan lepas dah all out keje sampai lewat malam.
Banyak yang dah settle setakat ni. Tu yg relek je nih. Tapi bila bos masuk tepaksa la aku buat-buat rajin.haha. Staff kat office semua happy go lucky. We are one Malaysia. Ada Indian, Chinese, Malay and Mauritian. So ada banyak bahasa kat sini. Melayu, Mandarin some times, Tamil, and Creole (bahasa rakyat Mauritius)  
My birthday ke 25. Tasha, Zehan dan Kasturi


Birthday Tasha & Sheng. Previous staff
My cake.hehe
Pizza, Egg tart my favorite and cake
Thank Buddies:)
time busy.Buat-buat rajin.hehe

Party day tukar-tukar hadiah
Party day tukar hadiah
Desa Water Park
Mandi manda dengan officemate.