30 January 2013

Welcome 2013

Bismillah...


Besok genap lah sebulan untuk tahun baru 2013. Selamat tinggal Tahun 2012 yang memberi bermacam kenangan manis pahit masam masin semua ada..macam2 ada..hehe. Menyambut tahun baru bukan seindah yang disangka. Banyak perkara yg mengejut berlaku. Omputeh cakap 'adhoc'. Tu yang berlaku kat aku.
Tetapi mujur Allah masih sayangkan aku dan memimpin aku ke jalan keredhaan. Aku masih waras. Tidak cepat melatah dengan apa yang berlaku. Disamping kawan-kawan dan sahabat yang memahami. Syukur Alhamdulillah.
Aku berdoa semoga bulan kedua di tahun baru ini memberi aku lebih ketenangan. January biarlah berlalu.
Aku nak buka buku baru. nak fokus pada kerjaya jew. Cewahhh .haha.



24 September 2012

Cek List

Cek list tempat-tempat menarik di Langkawi. InsyaAllah aku akan kasi info-info yang bermanfaat.

1. Pekan Kuah
2. Dataran Helang
3. Taman Lagenda
4. Wild animal Park . Previous name Bird Paradise
5. Galeria Perdana
6. Kilim geopark
7. Telaga Air Hangat
8. Pantai Pasir Hitam
9. Komplek kraftangan Langkawi
11. Crocodile Farm
12. Habour Park Langkawi
13. Langkawi Cable Car
14. Beras Terbakar
15. Makam Mahsuri
16. Underwater World
17. Laman Padi
18. Makam Purba
  

Pantai-pantai yang menarik untuk di singgah:-

1. Pantai Tanjung Rhu
2.Pantai Teluk Yu
3. Pantai Pasir Hitam
4. Pantai Pasir Tengkorak
5. Pantai Kok
6. Pantai Chenang
7. Pantai Tengah

Waterfall:-
1. Temurun
2. Telaga Tujuh
 

Kehidupan baru lepas habis bergelar pelajar

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama aku tak buka blog kesayanganku ini, hari ini tebuka hati nak jenguk-jenguk blog sendiri.hehe. Lepas ni InsyaAllah aku akan kembali aktiv. Banyak storey yang aku dah kumpul. Mostly about my hometown Langkawi and also about my cakes. Tapi sejak dah bekerja kat KL ni tak da masa la nak mengadap kek2 tu semua. Lagi pun equipment nak memasak pun tak lengkap. Aku akan share resepi-resepi InsyaAllah. 

Nak storey lah sikit apa yang aku buat sekarang. Tak best pun storey aku ni.hehe just to share experience. Selepas aku grad, aku menanam anggur di kampung. Aku ingat nak cari keje kat Langkawi tp keadaan kat sana tak mengizinkan aku keje sana. Bukan apa kalau keje kat hometown dekat dengan mak ayah then dekat jgk dengan buah hati pengarang jantung.hehe. Sambil-sambil tu aku ada buat bisnes kecil kecilan. Buat kek jual. Pendapatan bole la jgk drpd begantung dekat mak ayah je. 

Bulan July baru start kehidupan aku kat Damansara ni. Aku kerja as a Quantity Surveyor. Hari ini dah hampir 3 bulan aku kerja sini. Agak stress tp nasib baik ada kawan-kawan yang best. Kurang sikit stress.
Life must be beutiful. So walaupun stress kene cari perkara yang bole mencantikkan hidup ni. Aku ada nak share foto tp ada teknikal error pulak . Lain kali la share k.



 

1 January 2012

Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakyat Malaysia. Ni entry tahun baru aku. Seiring dengan tahun baru 2012 aku beharap dan berazam semoga dengan tahun baru ni:-

  •  aku lebih committed dengan semua benda yang aku rancang dan buat.
  • aku lebih yakin dengan diri sendiri
  • tidak mudah percaya dengan anasir-anasir tak baik
  • cepat membesar dan meninggi jugak kalau bole.hehe
  • hidup lebih tenang dan bahagia
  • aku labih menyayangi diri sendiri, ibu bapa, family dan kawan-kawan
  • semoga cepat dapat jodoh.hehee
  • dapat balas jasa mak ayah. dah sampai masa aku balas jasa mak ayah.
Amin semoga impian dan harapan aku tercapai... Sinar dan harapan............

21 December 2011

Malam Anugerah Kecemerlangan 2011

Quantity Surveying students 

Suri dan akak Safura BISA

My classmate

QSs Girls 

In front of SACC Convect Centre

three 'Dara Pingitan'

My girl friends

Lissa Belluci
Suri


Entry kali ni aku nak share pasal Malam Anugerah Kecemerlangan 2011 yang berlangsung semalam bertempat di SACC Convention Centre. Tahniah kepada jabatan dan kawan-kawan yang berjaya dapat anugerah.Tahniah juga kepada kawan-kawan yang berjaya habiskan pengajian di UiTM. Lepas ni dah habis belajar degree di UiTM.Sedih nak tinggal dunia pengajian ni.nanti dah melangkah ke dunia pekerjaan pulak.Dunia yg sebenar yang mencabar fizikal dan mental..GOODLUCK kepada sahabat-sahabat UiTM semua especially kepada housemate tersayang, Classmate yang best, Geng Sekiteriat yang sama-sama bersusah payah uruskan program, Team 'Besamamu FSPU' dan Team Padang yang sangat sporting..Kenangan bersama kalian memang tak dapat dilupakan.Sangat mengujakan diriku . Love u alls muaaaackkkksss^__^

16 December 2011

Percutian kemenangan Jakarta-Bandung Indonesia

Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu

Di Tangkuban Perahu

Menu ikan terbang

Di foyer depan retoran

Tempat makan 'Tahu Tidur'

Menu-menu yang lucu disebut kalu di Malasysia

Di Taman Mini Jakarta

Taman Mini


Monumen Candi Borubudur

Makanan yang sedap



Receipt at Mc D Jakarta

Patrick butuh bantuanmu.haha
Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu

Bangga ada petronas di negara orang

Taman Mini

Pakcik bawak ayam berani mati
Walaupun percutian ni dah lama lepas, aku tetap nak post gak memandangkan aku baru ada blog.hehee.Percutian ni berlangsung selama 4 hari bermula 21- 24 Jun 2011. Bertolak dari UiTM jam 2am ke KLIA. Naik flight Garuda Indonesia. Ni la pengalaman pertama aku naik flight. Agak teruja la jugak tp biasa2 je.hehee.


Perjalanan 1 jam ke Jakarta International Airport. Yang lagi best perbelanjaan semua menggunakan duit kemenangan sebagai penganjur program terbaik UiTM Shah Alam. Cuma bawak duit poket je nak shoping. Lecturer2 banyak la shoping diorang banyak duit..Student just beli barang kenangan seket2 then tengok2 cuci mata je.Cian kan.hehe.


 Makanan kat sana memang sodap2. Aku ni jenis pantang makan. Pantang nampak.hahaa. Aku tak memilih makan.Semua aku belasah. Agent bawak makan ke tempat-tempat yang clas. Bab makan memang aku puas hati. Ada masakan Padang, Sunda, Chines dan apa2 ntah lagi aku tak ingat. Kami pergi ke tempat-tempat shoping yang memang terbaik lah. Antaranya Pasar Baru, Cemplas, Toko 3, Factory outlet, mcm2 la lg.Aku tak ingat dah nama2 tempat tuh.huhu. 


Kami juga melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu.Dipendekkan cerita menurut Lagenda Tangkuban Perahu mengisahkan pasal Sang Kuriang yang menyintai ibunya. Dia tak tau yang dia cintai itu adalah ibunya. Ibunya mencabar Sang Kuriang untuk membina perahu yang besar dalam masa yang singkat sehingga matahari terbit. Sang Kuriang tak sempat siapkan perahu tu matahari dah terbit. Disebabkan frust menonggeng dia sepak perahu sampai tertangkub. Sebab tu nama gunung berapi tu Tangkuban Perahu. Cerita Lagenda, tak pasti sejauh mana kebenaran. Sama je jugak macam cerita Lagenda Mahsuri Langkawi.


Hari terakhir g melawat taman mini Indonesia. Banyak replika monumen2 yang dibina yang menceritakan sejarah Indonesia. Banyak kenangan indah bersama kawan-kawan dan pesyarah-pesyarah kat sana. Tak tau bila lagi berpeluang menjejak kaki ke negara orang.Ini lah 'Percutian Kemenangan' hasil usaha, penat lelah bersama menganjurkan program '1 Malaysia House Design' peringkat Kebangsaan yang melibatkan perlajar-pelajar dari IPT dan IPTA seluruh Malaysia. 

15 December 2011

Langkawi ku tercinta

Map tempat menarik di Langkawi

View dari cable car

View dari cable car. Cantik

View samudera Langkawi dari atas bot mancing ikan ayah aku.

Bakau kat kampung aku

Pemandangan waktu pagi kat kampung

Pantai kok

Pulau buatan

Rumah api


Aku nak bercerita sikit pasal tempat kelahiran aku yang aku cintai. Dulu aku tak bangga dilahirkan di pulau lagenda ni sebab aku tak tau apa maksud 'bangga'.haha. Sekarang aku bangga dilahirkan disini sebab aku dah tau apa maksud kebanggaan.^__^ 


Bila dah merantau ke negeri orang baru aku tau betapa beharganya negeri sendiri. kalau nak cari ketenangan aku akan balik ke negeri sendiri, negeri Kedah Darul Aman. Memang patut pun Darul Aman. Aku rasa aman je balik Kedah, lagi-lagi Pulau Langkawi kebanggaan ku ^___^.


Betul la pepatah Melayu ' Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Walaupun batu, aku tetap suka negeri ku Negeri Kedah Darul Aman. Di sini aku kongsikan gambar-gambar pemandangan Langkawi yang aku snap sendiri. Ade gak sikit yang aku take dari internet. Sape-sape rasa teringin nak g Langkawi calling2 aku..