19 April 2013

Semua Orang GILA


Semua orang GILA

Ohh Dunia
Semua orang gila
Umat akhir zaman makin gila

Semua orang gila
Gila duit
Gila harta
Gila kerja
Gila kuasa
Gila wanita

Semua orang gila
Tak kira masa
Semua orang dipaksa
Sungguh mereka gila

Semua orang gila
Sehingga lupa
Lupa agama
Lupa keluarga
Mereka alpa

Semua orang gila
Besar sungguh pengaruh dunia
Pada orang yang gila
Dunia adalah segala
Perebutan kuasa di mana-mana
Rakyat jelata jadi mangsa

Janganlah gila
Kerana dunia hanya sementara
Yang abadi akhirat jua
Kembalilah pada agama
Semoga Allah tidak murka

Tidak perlu gila
Untuk bahagia...

No comments:

Post a Comment