24 September 2012

Cek List

Cek list tempat-tempat menarik di Langkawi. InsyaAllah aku akan kasi info-info yang bermanfaat.

1. Pekan Kuah
2. Dataran Helang
3. Taman Lagenda
4. Wild animal Park . Previous name Bird Paradise
5. Galeria Perdana
6. Kilim geopark
7. Telaga Air Hangat
8. Pantai Pasir Hitam
9. Komplek kraftangan Langkawi
11. Crocodile Farm
12. Habour Park Langkawi
13. Langkawi Cable Car
14. Beras Terbakar
15. Makam Mahsuri
16. Underwater World
17. Laman Padi
18. Makam Purba
  

Pantai-pantai yang menarik untuk di singgah:-

1. Pantai Tanjung Rhu
2.Pantai Teluk Yu
3. Pantai Pasir Hitam
4. Pantai Pasir Tengkorak
5. Pantai Kok
6. Pantai Chenang
7. Pantai Tengah

Waterfall:-
1. Temurun
2. Telaga Tujuh
 

Kehidupan baru lepas habis bergelar pelajar

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama aku tak buka blog kesayanganku ini, hari ini tebuka hati nak jenguk-jenguk blog sendiri.hehe. Lepas ni InsyaAllah aku akan kembali aktiv. Banyak storey yang aku dah kumpul. Mostly about my hometown Langkawi and also about my cakes. Tapi sejak dah bekerja kat KL ni tak da masa la nak mengadap kek2 tu semua. Lagi pun equipment nak memasak pun tak lengkap. Aku akan share resepi-resepi InsyaAllah. 

Nak storey lah sikit apa yang aku buat sekarang. Tak best pun storey aku ni.hehe just to share experience. Selepas aku grad, aku menanam anggur di kampung. Aku ingat nak cari keje kat Langkawi tp keadaan kat sana tak mengizinkan aku keje sana. Bukan apa kalau keje kat hometown dekat dengan mak ayah then dekat jgk dengan buah hati pengarang jantung.hehe. Sambil-sambil tu aku ada buat bisnes kecil kecilan. Buat kek jual. Pendapatan bole la jgk drpd begantung dekat mak ayah je. 

Bulan July baru start kehidupan aku kat Damansara ni. Aku kerja as a Quantity Surveyor. Hari ini dah hampir 3 bulan aku kerja sini. Agak stress tp nasib baik ada kawan-kawan yang best. Kurang sikit stress.
Life must be beutiful. So walaupun stress kene cari perkara yang bole mencantikkan hidup ni. Aku ada nak share foto tp ada teknikal error pulak . Lain kali la share k.



 

1 January 2012

Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakyat Malaysia. Ni entry tahun baru aku. Seiring dengan tahun baru 2012 aku beharap dan berazam semoga dengan tahun baru ni:-

  •  aku lebih committed dengan semua benda yang aku rancang dan buat.
  • aku lebih yakin dengan diri sendiri
  • tidak mudah percaya dengan anasir-anasir tak baik
  • cepat membesar dan meninggi jugak kalau bole.hehe
  • hidup lebih tenang dan bahagia
  • aku labih menyayangi diri sendiri, ibu bapa, family dan kawan-kawan
  • semoga cepat dapat jodoh.hehee
  • dapat balas jasa mak ayah. dah sampai masa aku balas jasa mak ayah.
Amin semoga impian dan harapan aku tercapai... Sinar dan harapan............

21 December 2011

Malam Anugerah Kecemerlangan 2011

Quantity Surveying students 

Suri dan akak Safura BISA

My classmate

QSs Girls 

In front of SACC Convect Centre

three 'Dara Pingitan'

My girl friends

Lissa Belluci
Suri


Entry kali ni aku nak share pasal Malam Anugerah Kecemerlangan 2011 yang berlangsung semalam bertempat di SACC Convention Centre. Tahniah kepada jabatan dan kawan-kawan yang berjaya dapat anugerah.Tahniah juga kepada kawan-kawan yang berjaya habiskan pengajian di UiTM. Lepas ni dah habis belajar degree di UiTM.Sedih nak tinggal dunia pengajian ni.nanti dah melangkah ke dunia pekerjaan pulak.Dunia yg sebenar yang mencabar fizikal dan mental..GOODLUCK kepada sahabat-sahabat UiTM semua especially kepada housemate tersayang, Classmate yang best, Geng Sekiteriat yang sama-sama bersusah payah uruskan program, Team 'Besamamu FSPU' dan Team Padang yang sangat sporting..Kenangan bersama kalian memang tak dapat dilupakan.Sangat mengujakan diriku . Love u alls muaaaackkkksss^__^

16 December 2011

Percutian kemenangan Jakarta-Bandung Indonesia

Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu

Di Tangkuban Perahu

Menu ikan terbang

Di foyer depan retoran

Tempat makan 'Tahu Tidur'

Menu-menu yang lucu disebut kalu di Malasysia

Di Taman Mini Jakarta

Taman Mini


Monumen Candi Borubudur

Makanan yang sedap



Receipt at Mc D Jakarta

Patrick butuh bantuanmu.haha
Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu

Bangga ada petronas di negara orang

Taman Mini

Pakcik bawak ayam berani mati
Walaupun percutian ni dah lama lepas, aku tetap nak post gak memandangkan aku baru ada blog.hehee.Percutian ni berlangsung selama 4 hari bermula 21- 24 Jun 2011. Bertolak dari UiTM jam 2am ke KLIA. Naik flight Garuda Indonesia. Ni la pengalaman pertama aku naik flight. Agak teruja la jugak tp biasa2 je.hehee.


Perjalanan 1 jam ke Jakarta International Airport. Yang lagi best perbelanjaan semua menggunakan duit kemenangan sebagai penganjur program terbaik UiTM Shah Alam. Cuma bawak duit poket je nak shoping. Lecturer2 banyak la shoping diorang banyak duit..Student just beli barang kenangan seket2 then tengok2 cuci mata je.Cian kan.hehe.


 Makanan kat sana memang sodap2. Aku ni jenis pantang makan. Pantang nampak.hahaa. Aku tak memilih makan.Semua aku belasah. Agent bawak makan ke tempat-tempat yang clas. Bab makan memang aku puas hati. Ada masakan Padang, Sunda, Chines dan apa2 ntah lagi aku tak ingat. Kami pergi ke tempat-tempat shoping yang memang terbaik lah. Antaranya Pasar Baru, Cemplas, Toko 3, Factory outlet, mcm2 la lg.Aku tak ingat dah nama2 tempat tuh.huhu. 


Kami juga melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu.Dipendekkan cerita menurut Lagenda Tangkuban Perahu mengisahkan pasal Sang Kuriang yang menyintai ibunya. Dia tak tau yang dia cintai itu adalah ibunya. Ibunya mencabar Sang Kuriang untuk membina perahu yang besar dalam masa yang singkat sehingga matahari terbit. Sang Kuriang tak sempat siapkan perahu tu matahari dah terbit. Disebabkan frust menonggeng dia sepak perahu sampai tertangkub. Sebab tu nama gunung berapi tu Tangkuban Perahu. Cerita Lagenda, tak pasti sejauh mana kebenaran. Sama je jugak macam cerita Lagenda Mahsuri Langkawi.


Hari terakhir g melawat taman mini Indonesia. Banyak replika monumen2 yang dibina yang menceritakan sejarah Indonesia. Banyak kenangan indah bersama kawan-kawan dan pesyarah-pesyarah kat sana. Tak tau bila lagi berpeluang menjejak kaki ke negara orang.Ini lah 'Percutian Kemenangan' hasil usaha, penat lelah bersama menganjurkan program '1 Malaysia House Design' peringkat Kebangsaan yang melibatkan perlajar-pelajar dari IPT dan IPTA seluruh Malaysia. 

15 December 2011

Langkawi ku tercinta

Map tempat menarik di Langkawi

View dari cable car

View dari cable car. Cantik

View samudera Langkawi dari atas bot mancing ikan ayah aku.

Bakau kat kampung aku

Pemandangan waktu pagi kat kampung

Pantai kok

Pulau buatan

Rumah api


Aku nak bercerita sikit pasal tempat kelahiran aku yang aku cintai. Dulu aku tak bangga dilahirkan di pulau lagenda ni sebab aku tak tau apa maksud 'bangga'.haha. Sekarang aku bangga dilahirkan disini sebab aku dah tau apa maksud kebanggaan.^__^ 


Bila dah merantau ke negeri orang baru aku tau betapa beharganya negeri sendiri. kalau nak cari ketenangan aku akan balik ke negeri sendiri, negeri Kedah Darul Aman. Memang patut pun Darul Aman. Aku rasa aman je balik Kedah, lagi-lagi Pulau Langkawi kebanggaan ku ^___^.


Betul la pepatah Melayu ' Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Walaupun batu, aku tetap suka negeri ku Negeri Kedah Darul Aman. Di sini aku kongsikan gambar-gambar pemandangan Langkawi yang aku snap sendiri. Ade gak sikit yang aku take dari internet. Sape-sape rasa teringin nak g Langkawi calling2 aku..

Qorban..

Di airport Minangkabau, Padang, Indonesia

Pemandangan di Kampung Sungai Mentarung

Pemandangan di Lobang Japang, Bukit Tinggi, Padang
Sungai yang cantik.

Suasana solat Hari Raya

Penduduk Kampung sembelih lembu

Aktiviti bersama anak yatim buat menara straw

Gambar kenangan bersama anak-anak yatim di Rumah Asuhan Aisyiah
Qorban ada macam-macam maksud. Korban mangsa, korban tsunami, korban hidup, korban kasih sayang, korban pitih a.k.a duit, korban masa. Macam-macam korban lagi lah. Maksud korban bergantung pada keadaan. Nak tahu maksud yang lebih tepat sila rujuk kamus dewan yg terbaru di pasaran..

Korban yang aku nak maksudkan di sini, korban lembu time hari Raya Korban atau hari Raya Haji yang baru saje lepas bulan 6 September yang lepas.Aku rasa bertuah sebab berpeluang dapat menjalani ibadah korban di perantauan. Aku dapat tahu program ibadah korban ni program vice Counselor  UiTM Shah Alam. 


Alhamdulillah kami seramai 15 orang berjaya menjalankan program ni dengan jayanya. Pelajar-pelajar terdiri dari pelajar dari jabatan Geomass, Bisa dan Opkim Bersamamu FSPU.Tempat yang dipilih ialah di Kampung Sungai Mentarong,Padang, Indonesia. Koloberasi bersama pelajar Malaysia di Indonesia jurusan Perubatan, Universiti Andalas (UNAND).


 3 ekor lembu berjaya ditumbangkan dengan kerjasama penduduk kampung bapak-bapak di sana. Ibu-ibu pula sibuk memasak. Aku pun sibuk jugak mengaco ibu-ibu memasak walaupon aku tak pandai masak sangat pun. Lagi-lagi masakan Indonesia.Tolong kacau pon kira ok la kan.hehee.Teryata penduduk kampung memang terdiri dari orang yang susah. 


Berbeza dengan suasana di Malaysia. Kalau di negara kita daging korban diagih-agihkan ke rumah-rumah. Tapi di sini penduduk yng datang beratur-ratur untuk dapatkan daging. 


Rasa bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia. Masakan ibu-ibu di sana memang enak-enak sekali.waduh2...haha.pada petangnya lepas selesai majlis, kami g mandi sungai..yohooo best..dah lama aku tak mandi sungai..sungai dia cantik dan besar. Pada keesokan harinya kami ke Rumah Anak Yatim Aisyiah. Di sini kami berpeluang bertemu dengan anak-anak yatim di sini dan melakukan aktiviti bersama-sama. Kami juga 'donate' 2 ekor kambing di sini.


 Menariknya banyak jugak perkataan-perkataan baru yang dipelajari selama di negara orang. Kambing = Kambiang. perkataan yang 'ing' ditukat jadi 'iang'. Daging=Dagiang..tapi kalau 'kancing' tak boleh jadi 'kanciang' sebab bagi diorang tu kasar.aku pon tak pham tang mana yang kasar.hehee. Kalau 'bara cek' = 'berapa harga satu'. Bahasa Padang bahasa Minangkabau yang pekat. Tak sama macam bahasa Indonesia di tv. Kalau ibu-ibu tu cakap aku tak faham sangat pun. Belasah je cakap.hahaa. 


Aku paling suka suasana masa solat Hari Raya di Masjid yang paling dekat dengan hotel penginapan Bonda Hotel. Imam dia baca MasyaALLAH sedap sungguh. Terpegun dengar dia baca ayat Al-Quran.Rasa macam dah kat dalam syurga. Just perumpamaan nak cakap betapa sedap dia baca. Aku dapat ramai kawan-kawan baru melalui program ni.Sekembali ke Malaysia banyak kenangan manis yang aku dapat ^___^ Kat atas tu sedikit gambar-gambar semasa program..